TIPS MERIAHKAN SUSU BADAN (MILKBOOSTER) - ESP DAN ALFAFA

Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka untuk si manja yang 'cukup-cukup' makan atau kadang-kadang tak cukup. 




Tak kurang juga yang mengadu stok EBM mereka umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. 

Rungutan sebegini sering kita dengar di mana mereka yang bekerja ingin jadikan stok EBM untuk dibekalkan pada anak ketika berada di pusat jagaan ataupun asuhan sentiasa mencukupi.


9 Tips Susu Ibu Meriah

Disiplin Jadual Pam Yang Teratur 

Buat ibu bekerja, make sure anda mengepam payu dara sehingga kosong pada waktu bekerja, agar signal di otak kita memberi isyarat kepada payu dara untuk sentiasa menghasilkan lebih susu. 


Kerapkan Penyusuan Susu Ibu Mengikut Permintaan Bayi

Jangan biarkan bayi anda kelaparan, seeloknya, berilah bayi minum pada awal waktu dia menunjukkan signal bahawa dia inginkan susu. Kerapkan penyusuan. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu badan dihasilkan.

Susu yang berlebihan, boleh lah dipam dan disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa depan. (jika ibu bekerja, pastikan anda mempunyai stok susu yang mencukupi kelak).


Tekad Ibu Yang Kuat

Si Ibu perlu tekad tidak akan Campurkan susu formula pada awal kelahiran yang akan  menyebabkan permintaan kepada susu ibu menjadi kurang. Bayi akan cepat kenyang dan lebih tidak mahu menerima rasa susu yang berbeza. 

Jika ibu benar-benar ingin menyusu secara ekslusif paling singkat dalam tempoh 6 bulan pertama, dinasihatkan tidak memberikan susu formula kepada bayi anda. Teruskanlah penyusuan sehingga bayi anda berusia 2 tahun. 

Ketahuilah susu ibu adalah susu yang terbaik di alam semesta ini. 

Fikir Positif dan Sentiasa Ceria

Si ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif  bahawa mereka mampu memberi yang terbaik buat bayi  mereka. Dengan penyusuan yang betul, dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ibu terhadap anak mereka. 


Berdoa dan Bertawakal


Perhatian Corak Penyusuan, Bukan Jam Menyusu

Bayi perlu diberi minum apabila bayi tersebut lapar paling kurang dalam tempoh 2 jam. Setiap 2 jam bagi kebanyakkan bayi akan menyusu semula.

Tetapi itu bukanlah bermakna anda hanya perlu menyusukan bayi pada setiap 2 jam. Adakalanya bayi cepat lapar, dan ingin menyusu, jadi perhatikan corak penyusuan bukan jam penyusuan. 

tip : 

Perut bayi adalah kecil. Jadi dia tidak dapat bertahan lama, Selalunya bayi akan minum beberapa kali dalam tempoh 2 jam tersebut.  Perut bayi juga boleh mengembang sehingga 50% dari saiz perutnya ketika sedang menyusu. Jangan risau jika bayi asyik-asyik nak minum susu.. hehehe, memang begitulah adatnya..

Kerap Bersama Bayi

Kerap bersama bayi akan mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak. Bayi yang kerap dibelai dan sentiasa ibu akan lebih tenang dan tidak memberontak. Bayi juga akan kurang merenggek dan tidur dengan lebih lena. Bayi yang kerap bersama ibu akan lebih cepat membesar. 

Pengambilan Air Yang Mencukupi

Pastikan pengambilan air putih 3 Liter sehari bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu memerlukan banyak air. Hampir separuh keperluan air dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi. Oleh itu kekurangan air, akan  menyebabkan penghasilan susu ibu merudum. jangan lupa minumlah air kosong, air susu atau jus buah. Ibu perlu mengelakkan air berkarbonat dan berkafein tinggi.  

Mengamalkan Supplemen 

Macam mana caranya untuk menambahkan susu badan? Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster?




Benar setiap anak ada rezekinya, namun jika cara biasa tidak membuahkan hasil, selaku ibu, kita harus mencuba untuk memberikan yang terbaik.

Dan tidak salah mencuba supplement untuk membantu menambah tenaga, mengurangkan tekanan seterusnya membantu menambahkan pengeluaran susu badan.


Set Penyusuan Shaklee


Terdapat dua supplement asas didalam Set Penyusuan Shaklee yang boleh dicuba sekiranya anda memilih untuk pilihan bajet.

Supplement tersebut adalah Alfafa Shaklee dan ESP Shaklee

Alfafa Shaklee

Mungkin ramai yang tidak mengenali Alfafa. Kalau sebut Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, mungkin ramai yang tahu. Alfafa ni sebenarnya juga digelar Raja Segala Tumbuhan. Alfafa sangat glamour dikalangan pengguna vitamin Shaklee.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin memeriahkan lagi susu badan, Alfafa merupakan salah satu suplemen yang selalu saya sarankan.

InsyaAllah sangat-sangat berkesan sebagai milkbooster anda!! Saya sendiri sampai sekarang masih konsisten dengan Alfafa Shaklee.


Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) drink! Merupakan rakan baik kepada Alfafa dalam menambahkan tenaga dan membantu pengeluaran susu badan dengan gabungan terbaik.

ESP juga amat popular dikalangan pengguna vitamin Shaklee malahan dikalangan para suami yang mencuba ESP.

Untuk Sebarang Pertanyaan Dan Order


Jika anda berminat untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee anda boleh buat pembelian dengan cara membeli sendiri di web Shaklee menggunakan debit kad dan kad kredit. Jika ini merupakan kali pertama anda membuat pembelian online menggunakan debit kad, anda dikekendaki menghubungi bank untuk membenarkan anda membuat pembelian online menggunakan debit kad.


klik gambar ini untuk membuat pembelian terus di web Shaklee



ATAU ANDA BOLEH TERUS MENGHUBUNGI KIEN DI TALIAN 011.16615706


Comments

Popular posts from this blog

OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT ANDA

Vitamin Sintetik VS Vitamin Organik

Atasi Masalah Buasir : Set Buasir Shaklee