Posts

Showing posts from September, 2018

TIPS MERIAHKAN SUSU BADAN (MILKBOOSTER) - ESP DAN ALFAFA

Image
Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka untuk si manja yang 'cukup-cukup' makan atau kadang-kadang tak cukup.  Tak kurang juga yang mengadu stok EBM mereka umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.  Rungutan sebegini sering kita dengar di mana mereka yang bekerja ingin jadikan stok EBM untuk dibekalkan pada anak ketika berada di pusat jagaan ataupun asuhan sentiasa mencukupi. 9 Tips Susu Ibu Meriah Disiplin Jadual Pam Yang Teratur  Buat ibu bekerja, make sure anda mengepam payu dara sehingga kosong pada waktu bekerja, agar signal di otak kita memberi isyarat kepada payu dara untuk sentiasa menghasilkan lebih susu.  Kerapkan Penyusuan Susu Ibu Mengikut Permintaan Bayi Jangan biarkan bayi anda kelaparan, seeloknya, berilah bayi minum pada awal waktu dia menunjukkan signal bahawa dia inginkan susu. Kerapkan penyusuan. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu badan dihasilkan. Susu yang berlebihan, ...

UBAT SAKIT LUTUT SEMULAJADI

Image
Saya pasti ramai yang di luar sana tercari -cari ubat sakit lutut dan ubat sakit sendi kan? Sakit lutut atau juga sering dipanggil sakit sendi boleh di alami oleh semua peringkat umur. Dan saya sendiri yakin anda juga mencari-cari untuk ibu bapa anda yang mengadu mengenai tahap kesihatan mereka yang kurang memuaskan.  Kalau kita google sendiri pun, bermacam-macam petua yang kita perolehi untuk sakit lutut ni kan...tak kiralah sama ada berjumpa doktor ambil ubat tahan sakit atau secara tradisional. Pelbagai cara juga telah di cuba tapi masih belum jumpa dengan penawar sakit lutut ni. Terdapat pelbagai punca sakit lutut yang membuatkan ianya berasa sangat sakit.. Kajian menunjukkan nisbah, seorang daripada empat wanita dan seorang daripada lima lelaki yang berumur 50 tahun ke atas yang menghidap sakit lutut berpunca daripada osteoartritis. Walaupun bagaimanapun, di ingatkan golongan muda juga di serang masalah sakit lutut  osteoartritis ini. Osteoartritis sendi l...

MERAWAT PANAU TANPA STEROID

Image
Tompok-tompok macam peta dunia pun ada kan sekali pandang. Masuk dua kali tengok baru tahu panau. Walaupun nampak kurang merbahaya, tetapi kemunculannya amat tidak disenangi. Jangkitan sejenis kulat ataupun yis yang dikenali sebagai Malassezia adalah penyebab ataupun punca sebenar berlakunya maslah kulit berpanau ini. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit dimana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti di bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Panau yang kelihatan adalah tompokan putih dan kemerahan Kulit berpanau dan berkurap adalah simptom yang sama. Iaitu terjadi daripada jangkitan kulat aktif. Apabila berlaku masalah kulit sedemikian ini menyebabkan kulit akan meninggalkan berparut akibat kerap di garu. Punca Berlakunya Kulit Berpanau Jika kita lihat di sini, antara punca kulit berpanau adalah: i. Sistem imun badan rendah menyebabkan jangkitan kulat ataupun yis pada kulit. ii. Selalu pakai pakaian di dalam keadaan le...

RAHSIA IBU HAMIL KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA DENGAN SHAKLEE

Image
Detik kehamilan adalah dambaan setiap ibu yang inginkan zuriat dalam tempoh perkahwinan yang dilayari bersama-sama suami tercinta. Namun dalam fasa kehamilan tidak semua bakal ibu akan mengalami keharuman bunga-bungaan  dan pengalaman seronok sepanjang masa. Ini kerana, sepanjang tempoh kehamilan ada ibu-ibu yang di uji dengan alahan, kekejangan otot, sakit belakang dan pelbagai ujian tempoh tersebut. Saya pasti setiap ibu yang pernah mengalami saat-saat macamni akan mempersiapkan diri dan cuba bersedia bila dapat tahu dirinya hamil. Tahap keselesaan akan cuba di bantu oleh pasangan dan insan-insan yang berada di sekelilingnya. Selain itu, adakah cara lain?? InsyaAllah, harini saya akan berkongsi pengalaman mengenai pengambilan set yang menarik dari Shaklee. Kami ada menyediakan set yang mengekalkan tenaga sepanjang tempoh kehamilan yang boleh di ambil oleh ibu-ibu hamil sebagai makanan tambahan. Sebelum kita ke info selanjutnya, jom kita lihat apa kata pelan...

CARI CARA BERHENTI MEROKOK DALAM MASA SINGKAT

Image
Assalamualaikum wbt Saya sendiri sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, memang cukup rimas bila mana setiap kali keluar ke tempat awam, terutamanya sekali tempat makan la kan, terdapat segelintir masyarakat kita ni tanpa timbul rasa bersalahnya merokok. Mereka langsung tidak menghiraukan orang sekeliling. Ya Allah, kalau ikutkan hati ni nak saja pergi ke meja mereka yang tak de perasaan bersalah ni, nak bagi 'amanat' sikit. Tapi tahap kesabaran masih terkawal diriku ini. Saya dan suami ambil keputusan pindah meja yang lebih jarak dari meja perokok-perokok ini. Saya tahu, memang ramai perokok diluar sana susah nak pisahkan rokok ni dari orang yang dah bertahun-tahun merokok. Tabiat ini dah menjadi sebahagian dari diri mereka. Tapi jangan kita sangka, terdapat segelintir yang cuba untuk keluar dari belenggu rokok ini tapi tak berjaya walaupun dah mencuba bermacam cara. Sanggupkah anda perokok-perokok membiarkan sehingga jantung anda berubah menjadi seperti ini? ...

Suplemen Kalsium Terbaik Untuk Semua

Image
Keperluan hidup kita hari ke hari memerlukan sebuah kesihatan yang terbaik. Dari mana kita akan perolehinya? Salah satunya dari pemakanan, sumber nutrisi contohnya pengambilan suplemen kalsium terbaik. Tapi...tapi pasti ada tapinya sebab anda perlu memilih suplemen kalsium yang di yakini dan di sahkan oleh KKM kerana terdapat di pasaran suplemen kalsium yang mampu menjejaskan buah pinggang akibat formulasi yang tidak selamat. Suplemen Kalsium Shaklee Tubuh kita membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur kita meningkat, kemerosotan  tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang di bina. Oleh itu, amatlah penting untuk kita memastikan sistem sokongan badan kita iaitu tulang terus kekal lebih sihat dan kuat. Hakikatnya di sini, adalah penting untuk kita membekalkan tulang dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. Tulang yang kuat adalah untuk tubuh yang kuat. Apakah Kelebihan Suplemen Kalsium Bukan Sekadar Kalsium Biasa Untuk Tulang Yang Ku...