Posts

Showing posts from May, 2014

12 Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Image
Assalamualaikum. Usaha yang mantap, doa yang berterusan, tawakal 100% kepada Allah, dalam apa kerja tindakan kita seharian, insyaAllah, kita akan dapat apa yang kita mahu, yang penting ikut sunnatullah dan jangan lupa syariatullah. Kalau tak dunia, akhirat kan ada? Ikhlas beramal, dan sentiasa mengharap rahmat Allah. Itu kuncinya. Saya nak berkongsi 12 manfaat  Bawang putih (garlic) untuk kesihatan, atau nama saintifiknya, Allium sativum, yang merupakan keluarga bawang besar, bawang merah, kucai dan daun bawang. Sejarah peradaban manusia menunjukkan bawang putih mula digunakan 7000 tahun dahulu. Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan agen kesihatan sejak ribuan tahun dahulu. Orang Asli Amerika menggunakan bawang putih sebagai ekspektoran untuk batuk. Dalam perang dunia I dan II, bawang putih digunakan sebagai antiseptik bagi menghalang pembentukan gangrene. Antara  yang menyebut tentang bawang putih ialah  Hippocrates  yang pernah menyebut yang ...

Sukanya Rahsia Semulajadi Banyakkan Susu Badan!

Image
Zaman sekarang, makin ramai Ibu-ibu tersedar tentang kepentingan susu badan untuk bayi mereka. Mengikut kajian, penyusuan badan banyak faedah bagi kedua Ibu dan bayi. Ia merupakan cara istimewa untuk merapatkan hubungan ibu dan bayi. Susu Ibu terlalu tinggi khasiatnya, yang sangat diperlukan untuk bayi terutama sekali diawal 6 bulan pertama hidupnya. Susu ibu penuh dengan nutrien yang tidak dapat diganti dengan susu formula. Susu ibu mengadungi antibodi semulajadi yang boleh membantu melindungi bayi dari penyakit-penyakit seperti jangkitan telinga, infeksi urinari, selsema dan gastroenteritis atau kuman dalam perut. Ia juga sangat bagus dalam mengurangkan risiko alergik seperti asma dan ekzema dan penyakit-penyakit merbahaya seperti kencing manis dan leukemia.  Susu ibu juga terbukti mengandungi asid lemak politaktepu yang sangat penting dalam membantu perkembangan otak bayi! Secara teorinya, dengan memastikan bekalan susu badan yang cukup, bayi anda akan lebih bijak! ...